Sangat sedappp...
RESEPI QUICHE AYAM & BAYAM
Sumber : Majalah Rasa Jun 2018, Edisi Bumper
Saiz hidangan : 8 orang
Keistimewaan : Enak dinikmati panas-panas...
Bahan-Bahan Pastri :
250 gm tepung serbaguna
100 gm mentega ~ sejuk dari peti sejuk
80 gm susu segar/air
Bahan Inti :
1 labu bawang Holland ~ potong dadu halus
Secekak bayam hijau ~ direbus & toskan (saya guna daunnya saja)
100 gm isi ayam ~ potong dadu
2 sudu makan minyak masak
100 gm keju Cheddar ~ sagat
Bahan Sos Quiche :
2 biji telur (saya guna gred A)
70 ml susu segar
70 ml krim masakan
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
Cara-Cara :
1. Potong mentega kepada ketulan kecil.
2. Gaul mentega bersama tepung sehingga menjadi crumble@serbuk roti.
3. Masukkan susu segar/air dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan.
4. Balut dengan plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.
5. Keluarkan doh dari dalam peti ais dan canai dengan ketebalan 1/4 cm (tidak terlalu tebal/nipis).
6. Letakkan atas acuan pai (saya guna saiz 8 inci) dan potong lebihan doh mengikut bentuk acuan.
7. Dengan menggunakan garpu cucuk-cucukkan di tengah-tengah dan sekitarnya.
8. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan, suhu 170'C selama 15 minit.
9. Keluarkan doh dari oven dan letakkan inti ke dalamnya.
10. Tuangkan bancuhan quiche dan taburkan parutan keju Cheddar di atasnya.
11. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit suhu 170'C.
12. Penyediaan inti : Panaskan minyak dan masukkan bawang Holland.
13. Masak sehingga keperangan.
14. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak.
15. Masukkan bayam, garam dan serbuk lada sulah. Kacau sebati. Ketepikan.
16. Sediakan pula sos atau kuahnya : Pukul telur dan masukkan kesemua bahan-bahan lain. Kacau sebati.
17. Setelah masak, pai sedia dihidangkan...
INFO : Acuan dilenserkan dulu baru diletakkan doh yang dicanai...
No comments:
Post a Comment