PULUT DURIAN BUNGA TELANG
rujukan : resepicitarasawan
(hidangan : 3 orang)
Bahan-Bahan Pulut :
250 gm beras pulut
250 ml air
20 kuntum bunga telang
1 keping asam gelugur
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan ~ disimpul
Bahan Sos Durian :
300 ml santan KARA
300 ml air
3 sudu besar gula pasir
1/4 sudu kecil garam
3 sudu kecil tepung jagung
2 ulas isi durian
Cara-Cara :
1. Rebus bunga telang dan air sehingga mendidih. Sejukkan dan tapis.
2. Cuci beras pulut dan toskan. Rendam bersama asam gelugur dan jus bunga telang tadi selama 20 minit. (saya guna beras pulut susu)...
3. Kacau beras pulut sehingga bergaul rata. Keluarkan asam gelugur tadi.
4. Kemudian masukkan ke dalam loyang bersama dengan jus bunga telang tadi, garam dan daun pandan. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
5. Angkat dan gaulkan pulut dengan garfu dan kukus lagi selama 5 minit.
6. Sos Durian : Satukan semua bahan sos durian di dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
7. Tapiskan ke dalam periuk dan masak di atas api kecil sehingga hampir pekat.
8. Hidangkan pulut bersama sos durian dan isi durian...
INFO : Beras pulut juga boleh ditanak di dalam periuk elektrik seperti nasi dengan nisbah air dan pulut 1 : 1
No comments:
Post a Comment