KEK PISANG

Monday, July 16, 2018

NASI ARAB...








RESEPI NASI ARAB
sumber :    Majalah RASA Julai 2018 Edisi Bumper
Saiz hidangan :   6 orang
Keistimewaan :   Ayam panggang di dalam nasi menambah perisa dan aroma berempah...




Bahan-Bahan :

2  peha  ayam  (saya potong dua setiap bahagian)


Bahan Untuk Perap Ayam :

1/4  sudu kecil  serbuk ketumbar
1/4  sudu kecil  serbuk jintan manis
1/4  sudu kecil  serbuk lada hitam
1/2  sudu kecil  serbuk kunyit
Garam secukup rasa

***   Perap 30 minit bersama peha ayam tadi.


Bahan Untuk Nasi :

2  cawan  beras basmathi  ~  direndam 1/2 jam terlebih dahulu
1  sudu besar  minyak sapi
1  sudu besar  minyak masak
2  cawan  air rebusan ayam tadi  (boleh juga dilebihkan sedikit bergantung pada beras yang digunakan)


Bahan Dikisar :

2  biji  bawang besar
6  ulas  bawang putih
2  inci  halia


Rempah 4 sekawan :

1.5  sm  kulit kayu manis
1  kuntum  bunga lawang
2  biji  pelaga
2  kuntum  bunga cengkih


Cara Memasak :

1.  Ayam yang telah diperap, direbus dengan paras air menutupinya selama 10 minit.

2.  Kemudian keluarkan ayam, bakar sekejap di atas pemanggang.

3.  Panaskan minyak masak, minyak sapi di dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan sehingga wangi.

4.  Sementara itu, masukkan beras, air rebusan ayam, ayam yang telah dibakar dan bahan tumisan (bahan kisar + rempah 4 sekawan) ke dalam periuk nasi elektrik.

5.  Biarkan ia masak seperti masak nasi biasa...







2 comments:

  1. Nampak pun dah sedap Zarah... boleh dicuba nanti.

    ReplyDelete
  2. Silakan Fadzillah, kalau rajin buat Jelatah Timun lagi sedap tapi kak tak buat, tak sempat..

    ReplyDelete