Thursday, July 26, 2018
MASAK LEMAK KUNING LABU...
RESEPI MASAK LEMAK KUNING LABU
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
500 gm labu kuning ~ kupas kulit & potong kecil
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 labu bawang besar ~ dihiris
2 biji cili merah ~ dihiris
2 sudu besar udang kering atau ikan bilis
Garam secukup rasa
Daun kunyit ~ dicarik
Sedikit serbuk kunyit
2 batang serai ~ dititik
Sedikit lada hitam ~ ditumbuk kasar
Cara Memasak :
1. Masukkan kesemua bahan kecuali santan, cili merah dan daun kunyit ke dalam periuk. Rebuskan sehingga labu lembut.
2. Apabila sudah mendidih dan labu lembut, masukkan santan, cili merah, daun kunyit dan lada hitam yang ditumbuk kasar.
3. Masakkan sehingga mendidih sekali lagi. Apabila sudah mendidih, sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment