KEK PISANG

Thursday, July 12, 2018

SAMPERIT MARBLE NUTELLA...










SAMPERIT MARBLE NUTELLA
rujukan i :   Azlina Ina
rujukan ii :   Norazlita Aziz...




Bahan-Bahan :

1/2  cawan  butter  (125 gm)
1/4  cawan  susu pekat manis


----   Satukan bahan ini dan gaul sehingga sebati menggunakan whisk tangan sahaja.


2  cawan  tepung jagung
1  sudu besar  tepung kastad


----  Masukkan 1 sudu besar tepung kastad dan 1 cawan tepung jagung ke dalam adunan butter dan gaul rata.  Tambahkan lagi 1 cawan baki tepung jagung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Bahagikan doh kepada 2 bahagian yang sama banyak.


2  sudu besar  Nutella
1  sudu besar  serbuk koko  ~  ayak


----   1 bahagian doh dicampurkan dengan Nutella dan serbuk koko.  Uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Jika adunan terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung jagung.  Canai dan roll adunan memanjang (dua-dua adunan buat yang sama).  Kemudian cantumkan kedua-dua adunan doh berlainan warna tadi dan masukkan ke dalam acuan samperit bunga.  Paipkan ke atas tray sehingga habis.
----    Letakkan chocolate chip atau chocolate button sebagai hiasan ditengahnya.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 160'C selama 20 minit bergantung pada kepanasan oven masing-masing...


INFO :   Jika adunan agak keras, tambahkan sedikit lagi susu pekat manis untuk melembutkan adunan dan untuk mudah dipaipkan...

No comments:

Post a Comment