LEMPENG BAWANG CICAH KARI
rujukan : tiffinbiru@CMG
hasil : 9 keping
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air (atau ikut lembut)
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur (saya guna gred A)
1 biji bawang besar ~ didadu kecil
1 pokok daun bawang ~ dipotong anggaran 1cm (saya tambah)
1/2 batang lobak merah ~ disagat (saya tambah)
Garam secukup rasa
Cara-Cara :
1. Satukan kesemua bahan-bahan di atas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa, bila dah ok, rehatkan adunan selama 10 minit.
2. Panaskan non-stick pan berukuran 8 inci, oles sedikit minyak masak dan bila panas, tuangkan sesenduk bancuhan lempeng tadi, ratakan dan masak dengan api perlahan sehingga permukaan lempeng kelihatan kering.
3. Dengan berhati-hati, terbalikkan dan masak sekejap lagi sehingga kekuningan dan kelihatan sedikit garing. Angkat dan lakukan proses yang sama untuk baki bancuhan, buat sehingga siap.
4. Hidangkan bersama kuah kari, sambal tumis atau sos kegemaran anda.
Selamat Mencuba!!!
No comments:
Post a Comment