Friday, July 20, 2018
KURMA TELUR...
RESEPI KURMA TELUR
rujukan : mamawandiha...
Bahan-Bahan :
5 biji telur rebus ~ dikupas kulit & digoreng sekejap
2 biji ubi kentang ~ dikupas kulit & dibelah 4 setiap satu
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 cm halia * ( * boleh ditumbuk atau dimayang halus )
3 sudu besar rempah kurma ~ dibancuh dengan sedikit air jadikan pes
2 cawan santan sederhana pekat
2 biji cili hijau ~ dibelah dua atau 6 biji cili padi (saya guna cili merah jer)
Tomato jika suka
1 biji bawang besar ~ dibelah 6
1 keping asam gelugor
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Bahan Rempah Tumisan :
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumiskan rempah tumisan sehingga wangi. Masukkan bahan tumbuk/mayang dan biarkan sehingga wangi. Masukkan pes kurma dan kacau rata sehingga naik minyak.
2. Masukkan santan, kentang, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kentang empuk sambil dikacau supaya santan tidak membuak.
3. Apabila kentang telah empuk, masukkan asam gelugor, telur rebus yang telah digoreng, bawang besar dan cili hijau/cili padi. Masak sekejap dan akhir sekali masukkan tomato. Kacau-kacau sekejap dan bolehlah dimatikan api dapur dan hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment