KEK PISANG

Saturday, July 7, 2018

PADDLE POP MOIST BUTTER CAKE...











PADDLE POP MOIST BUTTER CAKE
sumber :    Insta@danish.harraz...




Bahan-Bahan :

1  buku  Pure Butter  (jika guna unsalted butter, sila tambah secubit garam halus dalam bahan kering)
1 1/4  cawan  gula halus/gula kastor
5  biji  telur gred B
2  cawan  tepung naik sendiri  ~  ayak
1/4  cawan  susu segar  ~  suhu bilik
1  sudu teh  esen vanilla
Pewarna Makanan Gel :   Pink, Biru, Kuning atau ikut citarasa


Cara-Cara :

Panaskan oven pada suhu 160'C-170'C.
Gris atau alas baking tray bersaiz 8 inci atau 9 inci dengan parchment paper.
(Jika menggunakan bundt pan, sapu bundt pan dengan sedikit butter dan ditabur sedikit tepung---pastikan lebihan tepung di buang keluar dari loyang).
Pukul butter dan gula halus sehingga putih.  Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul sehingga gebu.  Masukkan esen vanilla, gaul sebati.  Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar.  Kacau rata tetapi jangan over mix, jika tidak kek tidak akan moist malahan keras.  Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk, titiskan 1 warna dalam setiap mangkuk dan kacau rata.
Sudukan adunan yang siap diwarnakan tadi ke dalam loyang berselang-seli warna sehingga adunan habis.  Bakar selama 40-45 minit, terpulang pada jenis oven masing-masing.  Tetapi jangan terlebih bakar...

No comments:

Post a Comment