KARI AYAM TANPA SANTAN
rujukan : buatoranglapo@you tube...
Bahan-Bahan :
6-8 ketul ayam ~ cuci bersih & toskan
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia * ( * ditumbuk )
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 pelepah daun kari
5 sudu besar serbuk kari ayam/daging ~ campurkan dengan sedikit air
2 cawan air
1 biji kentang ~ dibelah ikut suka
Garam & gula secukupnya
Sedikit air limau kasturi
1 sudu besar sos tiram
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam. Kacau sebentar.
4. Masukkan air dan kentang. Biarkan sebentar.
5. Tambahkan garam, gula dan air limau secukup rasa. Masukkan juga sos tiram. Seimbangkan rasa.
6. Masak sehingga kentang lembut.
NOTA : Boleh tambah serbuk kari lebih kalau nak lagi pekat...
SAWI GORENG IKAN TENGGIRI JERUK...
JUS TEMBIKAI
LEMPENG BAWANG
No comments:
Post a Comment