KEREPEK POPIA CHEESE
rujukan : Teratak Mutiara Kasih@LiNaPg...
Bahan-Bahan :
1 paket kulit popia
Cheese powder secukupnya (terpulang nak letak banyak mana)
Sedikit gula kastor
Sedikit serbuk cili
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-Cara :
1. Kulit popia dipotong ikut suka (2x2 inci persegi seperti nachos) dan leraikan.
2. Panaskan minyak, goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga kekuningan.
3. Angkat dan toskan. Goreng secara berperingkat (sedikit demi sedikit sehingga habis). Sejukkan sebentar.
4. Ambil sebahagian dari gorengan kulit popia, masukkan ke dalam bekas yang agak besar, masukkan serbuk cheese, gula kastor dan serbuk cili (jika suka pedas). Goncangkan/gaul supaya semuanya bersalut dengan serbuk cheese. Terpulang nak letak banyak mana.
5. Simpan kerepek popia cheese di dalam balang/bekas kedap udara...
INFO : Cheese powder boleh didapti di kedai bakeri...
No comments:
Post a Comment