Yang ni inti coklat Cadbury...
Yang ni inti nenas, gambar kurang menarik sebab gambar diambil waktu petang, tiada pencahayaan...
RED VELVET CADBURY TART
sumber : Lenny Marlynna@MAHN
kredit : Pandalola...
Bahan-Bahan :
360 gm tepung gandum *
5 sudu besar tepung jagung *
2 sudu besar gula aising *
1 sudu teh serbuk koko * ( * di ayak )
250 gm mentega ~ didadu
1 biji telur (saya guna gred A)
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna merah
100 biji coklat Cadbury bar (sebalang)
Kuning telur secukupnya ~ untuk sapuan pada biskut
Cara-Cara :
1. Masukkan kesemua tepung, gula aising, serbuk koko dan mentega bersama dan ramas sehingga halus menjadi seperti serbuk roti.
2. Di dalam bekas, kacau telur, esen vanilla dan pewarna merah bersama. Kemudian buatkan lubang di dalam tepung dan tuangkan bancuhan ini. Uli adunan sehingga sekata.
3. Letakkan adunan di dalam acuan samperit dan paipkan ke atas loyang. Ambil sebiji coklat Cadbury, letakkan di atas adunan dan gulung dengan kemas.
4. Glaze dengan 'eggwash' dan bolehlah taburkan badam cincang kalau suka.
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170'C selama 15 minit sehingga masak..(bergantung pada oven masing-masing)...
No comments:
Post a Comment