KEK PISANG

Monday, July 2, 2018

MEE GORENG CINTAN...










MEE GORENG CINTAN YANG SEDAP
rujukan :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

1  paket  mee tanpa goreng Cintan 550 gm
10  ekor  udang  ~  kupas, cuci bersih & toskan
3  ikat  sawi Bok Choy  ~  asingkan batang & daunnya
1/2  batang  lobak merah  ~  potong panjang
2-3  biji  telur
1  sudu besar  cili kering goreng  ~  boleh ganti dengan 2 sudu besar cili kering kisar
2  sudu besar  sos tiram
2  sudu besar  sos cili
2  sudu besar  kicap lemak manis
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya


Bahan Hiris :

3  ulas  bawang merah
2  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan sedikit garam dan minyak masak.  Masukkan mee dan rebus dalam 2-3 minit.  Jangan terlalu lama, takut mee terlebih kembang dan hancur bila digoreng.  Angkat, toskan dan terus lalukan dibawah air paip supaya mee tidak melekat.

2.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.  Masukkan cili kering goreng, sos tiram, sos cili dan kicap lemak manis serta sedikit air.
NOTA :   jika guna cili kering kisar, tumiskan sehingga cili masak dan terbit minyak.

3.  Masukkan lobak merah dulu.  Kemudian masukkan batang sawi Bok Choy.  Kacau seketika sebelum dimasukkan udang.  Kacau sehingga udang masak.

4.  Ketepikan bahan tumis dan pecahkan telur.  Bila telur hampir mengeras, baru dikacau-kacau.

5.  Masukkan mee yang dicelur tadi bersama daun Bok Choy.  Kacau sehingga rata.  Jangan terlalu lama kerana mee telahpun direbus.

6.  Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.  Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas...


NOTA :   Cili kering goreng ialah cili kering yang digoreng dengan sedikit minyak dan kemudian dikisar kering... (seakan cili flakes)...

No comments:

Post a Comment