RESEPI KASWI DURIAN
rujukan : resepicitarasawan...
(sedapp & lembutt)
Bahan-Bahan :
300 gm isi durian
150 gm gula pasir
250 ml santan kotak
350 ml air
150 gm tepung ubi
120 gm tepung gandum
20 gm tepung kastad atau tepung jagung
1 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan ~ cuci bersih & disimpul
Pewarna pilihan jika suka
Kelapa parut putih secukupnya + sedikit garam = dikukus sebentar selama 5 minit
Loyang : 9 x 9 inci di alas plastik tahan panas atau acuan lompang dilenser sedikit minyak
Cara-Cara :
1. Satukan santan, air, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam periuk.
2. Masak sehingga naik wap dan gula larut, (anggaran 5 minit). Keluarkan daun pandan.
3. Masukkan isi durian ke dalam pengisar dan santan tadi. Kisar sehingga halus.
4. Kemudian masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit dan kisar sehingga sebati dan halus.
5. Tuangkan ke dalam loyang.
6. Panaskan pengukus dan kukus selama 30 minit sehingga masak sepenuhnya.
7. Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan digaul dengan kelapa parut...
No comments:
Post a Comment