10/7/2018 (Selasa) Peristiwa yang susah untuk ku lupakan.
Cerita semalam selepas Maghrib, dapur rumah ku hampir musnah dijilat api gara-gara aku terlupa menutup api dapur selepas menggoreng french fries. Api begitu besar yang membuatkan aku begitu panik bila melihatnya. Seluruh rumah berasap dan berbau. Mujur suami dan anak bongsu ku ada dirumah. Merekalah yang bertungkus lumus memadamnya. Agaknya apa yang akan terjadi kalau aku tinggal sorang-sorang dirumah. Tak dapat ku bayangkan!!!
Walau apapun aku sangat-sangat bersyukur pada Allah swt kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku pada kami sekeluarga. Alhamdulillah, selepas ini aku akan sentiasa cuba berhati-hati demi keselamatan kami sekeluarga. Ia akan menjadi pengajaran yang sangat berharga buat diri ku selepas ini. Aamiin...
No comments:
Post a Comment