RESEPI PULUT SERUNDING
rujukan : Teratak Mutiara Kasih@LiNa Pg...
Bahan Pulut :
1 cawan beras pulut (saya guna beras pulut susu & rendam selama 20 minit)
1 cawan santan cair
Garam & gula secukupnya
1 helai daun pandan ~ cuci & simpul
Cara-Cara :
1. Cuci beras pulut sehingga airnya jernih, rendam selama 15 minit. Kemudian toskan.
2. Satukan santan, garam, gula ke dalam periuk, kacau sehingga garam dan gula larut. Sesuaikan rasanya.
3. Masukkan daun pandan dan beras ke dalam periuk berisi santan. Masak atas dapur menggunakan api kecil. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan pulut berkerak di dasar periuk.
4. Bila pulut dah kering, kecilkan api (masak macam nasi), tunggu sehingga pulut betul-betul masak. Dah siap!!! (saya menggunakan cara kukus pulut sehingga masak sepenuhnya)...
Bahan Serunding Kelapa :
(boleh digunakan sebagai inti cucur badak)
1/2 biji kelapa parut putih
2 sudu besar udang kering ~ tumbuk kasar
1 ulas bawang putih *
1 batang serai *
1 ulas bawang merah *
1/2 cm halia *
1 cm kunyit hidup * ( * ditumbuk )
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar gula atau secukupnya
Sedikit garam
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak secukupnya, tumiskan kesemua bahan yang ditumbuk sehingga garing. Kemudian masukkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan garam dan gula, kacau rata. Masukkan kelapa parut, gaul sebati. Kacau sehingga inti kering. Sesuaikan rasanya, biar ada sedikit pedas, manis-manis dan masin. Tutup api, ketepikan. Hidangkan bersama pulut...
No comments:
Post a Comment