KEK PISANG

Monday, July 30, 2018

AYAM MASAK PAT PET...










RESEPI AYAM MASAK PAT PET
rujukan :    tiffinbiru@CMG...




Bahan-Bahan :

2  keping  dada ayam  ~  dipotong kiub, cuci bersih & toskan
5  tangkai  kacang panjang  ~  kerat pendek, cuci & toskan  (saya guna 1/2 batang lobak merah ~ hiris bulat)
3  helai  daun limau purut
1  biji  limau nipis  ~  perah jusnya
1  camca besar  sos ikan
Garam & gula secukup rasa
Sedikit hirisan cili padi merah  ~  untuk hiasan  (saya guna lada merah ~  hiris)


Bahan-Bahan Kisar Hancur :

5  biji  bawang merah
3  ulas  bawang putih
3  biji  cili merah
20  biji  cili padi hijau
1/2  inci  kunyit hidup
3  batang  serai  ~  dihiris


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/4 cawan.  Tumis bahan-bahan kisar hancur sehingga harum dan naik minyak.  Tambah sedikit lagi minyak jika tidak cukup, gunakan api sederhana dan dikacau sentiasa.

2.  Masukkan isi ayam, kacau rata dan masak sehingga ayam kecut (kalau guna ayam bertulang, sila masukkan sedikit air dalam 1 cawan macam tu).  Masukkan sos ikan, gula dan garam secukup rasa.  Kacau rata.

3.  Tambahkan kacang panjang/lobak merah dan daun limau purut, kacau dan masak sehingga kacang/lobak merah lembut.  Akhir sekali masukkan jus limau nipis, gaul rata dan masak sekejap.  Alihkan ke dalam bekas sesuai dan hiaskan dengan hirisan cili padi merah/lada merah...

No comments:

Post a Comment