RESEPI PUFF DURIAN
sumber : hanamemories...
Bahan Pastri :
100 gm mentega
250 ml air
150 gm tepung gandum ~ diayak
3 biji telur gred A (jika guna gred B = 4 biji)
Secubit garam
Bahan Inti Kastad Durian :
2 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar (250 ml)
1 biji telur gred A/B
1 sudu besar mentega
1 sudu besar isi durian ~ jika suka boleh lebihkan
Cara-Cara :
1. Untuk Penyediaan Inti Kastad Durian : Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati. Masak di atas dapur menggunakan api perlahan sehingga pekat dan likat. Matikan api dan sejukkan. (Tutup bahagian atas inti dengan plastik wrap agar bahagian atasnya tidak berkulit).
2. Di dalam periuk lain, satukan air, mentega dan garam. Masak sehingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung gandum sekaligus dan kacau dengan pantas sehingga menjadi doh. Angkat dan ketepikan sehingga suam.
3. Panaskan oven pada suhu 200'C. Lenser dulang pembakar dengan mentega atau alas dengan baking paper.
4. Masukkan adunan doh ke dalam mixer dan masukkan telur satu persatu sambil memukul dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi pes yang lembut.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag menggunakan nozzle pilihan. Paipkan di atas dulang pembakar yang disediakan tadi.
6. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan. Sejukkan di atas redai.
7. Untuk Penyediaan Puff Durian : Belah puff tanpa putus. Masukkan/paipkan inti kastad, buat sehingga habis dan bolehlah dihidangkan...
No comments:
Post a Comment