KEK PISANG

Monday, July 30, 2018

NASI KUNING...









RESEPI NASI KUNING
sumber :    Majalah RASA Edisi Bumper Julai 2018
saiz hidangan :    5 orang




Bahan-Bahan :

2  cawan  beras  ~  cuci bersih & tos
2  biji  bawang merah  ~  hiris halus
2  ulas  bawang putih  ~  hiris halus
1  sudu makan  serbuk kunyit
400  gm  santan
3  cawan  air
1  batang  serai  ~  ketuk
1  helai  daun pandan  ~  cuci & simpul
2  helai  daun bay
2  helai  daun limau purut
1  sudu makan  minyak masak
1  sudu teh  garam atau secukupnya


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih.  Masak sehingga wangi.

2.  Masukkan serai, daun pandan, daun bay, daun limau purut, beras dan serbuk kunyit.  Gaul rata.  Biarkan seketika anggaran 5-10 minit.

3.  Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi automatik/letrik.

4.  Masukkan santan, air dan garam.  'ONkan' periuk dan masak seperti nasi biasa...





No comments:

Post a Comment