PUDING ROTI & SOS KASTAD DURIAN
sumber : buku resepi
Bahan Puding Roti :
6 keping roti sandwic ~ dipotong kiub
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kastor
1 sudu makan mentega
1/4 sudu teh garam
3 biji telur ~ dipukul (saya guna gred A)
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit kismis (saya guna mixfruit@buah-buah campuran kering)
Cara-Cara :
1. Panaskan susu sehingga mendidih. Tutup api, masukkan roti dan kacau rata sehingga terendam.
2. Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Masukkan kismis/mixfruit. Kacau perlahan-lahan.
4. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 inci yang dilengser dengan sedikit mentega.
5. Bakar pada suhu 180'C selama 45 minit sehingga 1 jam.
6. Sedia dihidangkan bersama Sos Kastad Durian atau enak juga dimakan begitu saja...
INFO : boleh menggunakan acuan foil seperti di atas...
Bahan Sos Kastad Durian
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
1 tin susu cair
1 ulas isi durian ~ dihaluskan (saya letak 3 ulas)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula pasir
Setitis pewarna kuning (jika suka)
Cara-Cara :
Tuangkan susu cair ke dalam periuk. Panaskan dengan api yang sederhana sambil dikacau. Masukkan pula isi durian, gula pasir, tepung kastad dan setitis pewarna kuning (jika guna - untuk mencantikkan jer). Kacau tanpa berhenti sehingga sos menjadi pekat dan matikan api dapur...
No comments:
Post a Comment