Thursday, July 12, 2018
TERUNG GORENG TELUR...
RESEPI TERUNG GORENG TELUR
Bahan-Bahan :
1 biji terung ungu panjang ~ dibelah dua & dipotong nipis menyerong
2 biji telur ~ dipukul dengan garpu
1 biji cili merah ~ dihiris
2 ulas bawang merah ~ dihiris
1 ulas bawang putih ~ dihiris
Sedikit udang kering/ikan bilis
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa Maggi Cukup Rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris sehingga naik bau kemudian masukkan udang kering/ikan bilis, kacau sehingga sebati dan sedikit garing.
2. Masukkan terung dan dikacau sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa Maggi Cukup Rasa. Agak-agak terung dah separuh masak bolehlah dicurahkan telur disekelilingnya.
3. Biarkan telur 1/2 masak barulah dikacau. Masukkan sedikit kicap lemak manis, kacau dan biarkan sekejap sehingga agak kering dan bolehlah ditutup api.
4. Sedia untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment