Tuesday, August 6, 2019
ADIK'S AYAM GORENG ASAM PEDAS ...
ADIK'S AYAM GORENG
ASAM PEDAS ADABI
sumber : Insta@adik'sfoods ...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ dipotong ikut suka, gaul dengan garam & serbuk kunyit Adabi)
1/2 sudu kecil biji halba
5 biji bawang merah ~ dihiris
2 batang serai ~ diketuk
2 paket Perencah Asam Pedas Adabi (saiz kecil)
2 cawan air
1 kuntum bunga kantan ~ belah 4
Segenggam daun kesum
5 helai daun limau purut
Cili padi secukupnya ~ belah tak putus, ikut suka nak banyak mana
1 biji bawang Holland ~ dipotong baji
Garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam, jika perlu
Minyak masak
Cara Memasak :
Gorengkan ayam dulu sehingga masak. Angkat, toskan dan ketepikan.
Panaskan minyak masak secukupnya. Tumis halbam hirisan bawang merah, serai sehingga wangi.
Masukkan Perencah Asam Pedas. Biarkan seketika sambil dikacau sehingga naik minyak.
Bila dah naik minyak, masukkan serbuk lada hitam, garam secukup rasa, air dan bunga kantan.
Biarkan mendidih sehingga air tinggal separuh. (Jika nak berkuah biarkan saja).
Masukkan daun limau purut, daun kesum dan ayam yang digoreng tadi, kacau-kacau sekejap.
Akhir sekali masukkan bawang Holland. Gaul sekejap dah siap untuk dihidangkan.
Info : sangat sedap !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment