Thursday, August 15, 2019
IKAN SIAKAP MASAK 3 RASA ...
IKAN SIAKAP MASAK 3 RASA
sumber : Azie Kitchen ...
Untuk Ikan :
1 ekor ikan siakap ~ kelar, lumur garam kunyit
Tepung jagung secukupnya ~ dilumur pada ikan
Minyak masak ~ untuk menggoreng ikan
Bahan Menumis :
4 ulas bawang putih ~ ketuk
6 tangkai cili padi ~ potong kecil
1 inci halia ~ hiris halus
1 batang serai ~ ketuk
Bahan Sos :
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Sedikit minyak bijan (optional)
Bahan Lain :
1 biji bawang besar ~ potong dadu
1 biji tomato ~ potong dadu
1 tangkai cili merah ~ hiris
3-4 helai daun limau purut ~ buang tulang tengah
Minyak masak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan.
2. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali. Pastikan minyak masak betul-betul panas, baru dimasukkan ikan. Goreng terendam ikan tersebut sehingga masak. Setelah garing, angkat dan ketepikan@letak dalam pinggan yang sesuai.
3. Kemudian panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali lain. Tumiskan bahan menumis (bawang putih, halia, cili padi) sehingga wangi.
4. Setelah bawang putih kekuningan, masukkan bahan sos (sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan) serta daun limau purut. Kacau sebentar.
5. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan lain (bawang besar, tomato dan cili merah). Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam dan gula secukup rasa. Biarkan mereneh sebentar. Setelah kuah agak pekat, angkat dan tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang. Sedia untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment