KEK PISANG

Friday, August 16, 2019

KARI AYAM TANPA SANTAN ...









KARI AYAM TANPA SANTAN
sumber :    Surianti Ramli ...




Bahan-Bahan :

1  ekor  ayam  ~  dipotong kecil, cuci & toskan
2  paket kecil  serbuk rempah kari ayam/daging  (me :   Babas)
1  sudu besar  serbuk kunyit
Rempah 4 sekawan
1  labu  bawang besar  ~  dimayang  (untuk menumis)
Daun kari secukupnya
Air secukupnya  (anggaran 3 cawan)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


Bahan Kisar :

1  labu  bawang besar
Halia sebesar ibu jari
3  ulas  bawang putih


Bahan Lain :

Ubi kentang
Buah tomato
Cili merah
Cili padi  ~  ikut tahap kepedasan masing-masing


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya, tumis rempah 4 sekawan.  Masukkan bawang besar yang dimayang dan juga daun kari.  Bila telah harum, masukkan cili merah dan cili padi.

2.  Setelah bahan tumis telah layu dan naik baunya, masukkan bahan kisar dan rempah kari serta serbuk kunyit.  Kacau sebentar.

3.  Masukkan ayam dan kacau sebati.  Tutupkan periuk dengan penutupnya/tudung.  Masak sehingga pecah minyak.

4.  Tambahkan air, kentang dan garam.  Tutupkan tudung periuk semasa proses ini.  Bila kentang dan ayam mulai empuk, masukkan buah tomato.

5.  Kacau sebati, sesuaikan rasanya dan terus matikan api.  Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment