PUDING SAGU GULA MELAKA
sumber : Azie Kitchen ...
Bahan Sagu :
1 cawan biji sagu warna putih
1 liter air
1 helai daun pandan ~ carik & simpul
Pewarna kegemaran
Jagung manis ~ optional (me : buah longan dalam tin)
Cara-Cara :
1. Rendam biji sagu lebih kurang 1/2 jam atau sehingga agak kembang sedikit. Kemudian toskan airnya.
2. Didihkan air bersama daun pandan dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan sagu tadi dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.
3. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang kanji. Titiskan pewarna kegemaran dan kacau menggunakan garfu.
4. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan.
Bahan Air Gula :
1 ketul gula Melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan ~ carik & simpul
Cara-Cara :
Satukan semua bahan dalam periuk. Masak sehingga gula larut dan pekat kemudian ditapis.
Bahan Kuah :
Susu cair; atau
Kuah susu kastad ~ resipi dibawah sekali
Cara Menghidang :
Keluarkan sagu dari acuan, masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air gula melaka dan susu cair. Letakkan sesudu jagung manis. Sedia untuk dinikmati. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
Bahan Kuah Susu Kastad :
1 tin susu cair
4 cawan air
3 sudu besar tepung kastad
Gula secukup rasa
1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara :
1. Campurkan semua bahan di atas, masak sehingga semuanya larut. Sentiasa dikacau sehingga mendidih.
2. Kuah sedia digunakan untuk dimakan bersama Puding Sagu dan Jagung Manis.
No comments:
Post a Comment