KUIH KASWI LABU
sumber : tiffinbiru@CMG ...
hasil : 15 biji
Bahan-Bahan :
200 gm labu yang telah dikupas kulitnya
90 gm gula pasir (resipi asal guna 100 gm)
125 ml santan pekat (me : guna santan kotak)
125 gm tepung ubi *
125 gm tepung gandum *
1 sudu besar rata tepung jagung * ( * disatukan & gaul rata )
175 ml air
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh air kapur makan
Beberapa titik pewarna makanan kuning telur (optional)
1 helai daun pandan ~ disimpul
Kelapa parut putih + secubit garam = gaul rata & kukus 5 minit, sejukkan.
Cara-Cara :
1. Kukus labu sehingga lembut, ketepikan. Santan, gula, garam, air dan daun pandan dimasukkan ke dalam periuk kecil. Masak dengan api kecil sambil dikacau sehingga gula larut, tak perlu sampai mendidih. Sejukkan dan tapis.
2. Masukkan labu ke dalam mesin pengisar/blender bersama santan yang telah dimasak tadi. Kisar halus dan tuangkan ke dalam mangkuk. Masukkan tepung yang telah disatukan tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk sehingga licin. Kemudian tapis, tambahkan pewarna makanan kuning telur dan air kapur. Kacau sehingga semua rata dan sebati.
3. Panaskan kukusan, balut tutup kukusan dengan tuala dapur bersih. Sapu acuan kuih lompang dengan sedikit minyak masak. Tuangkan bancuhan kuih ke dalam acuan sehingga hampir penuh. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Bila masak, sejukkan sekejap, keluarkan kuih dari acuan. Gaul dengan kelapa parut dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment