ROTI JALA COKLAT
DENGAN SOS COKLAT
sumber : Fiza's Cooking ...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar perasa coklat - Dutch Lady
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam
2 biji telur (me : gred A)
Cara-Cara :
1) Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar. Kacau hingga sebagi dengan hand whisk dan pastikan tidak ada tepung yang berbintil.
2) Panaskan kuali anti-lekat, masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan bolehlah mula menjala.
3) Setelah masak bolehlah dilipat atau digulung.
Resipi Sos Coklat
sumber : FB/rasa.my/Ummydarwisha Mansor
Bahan-Bahan :
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak (masak/jagung/sayur)
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan susu cair
Cara-Cara :
1) Satukan semua bahan dan masak dengan menggunakan teknik double-boiler. Masak hingga larut dan tidak berketul.
2) Angkat dan biarkan suam sedikit sebelum dihidangkan dengan Roti Jala Coklat.
3) Sedia untuk dinikmati.
No comments:
Post a Comment