RESIPI SERIMUKA DURIAN
sumber : jendeladapursurianti ...
Bahagian Bawah (Pulut) :
2 cawan beras pulut direndam 30 minit & toskan (saya guna pulut susu)
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu kecil garam
Loyang : 7 x 7 inchi, sapu sedikit minyak dan alas dengan plastik yang besar sedikit dari loyang untuk memudahkan mengeluarkan kuih dari loyang.
Cara-Cara :
1. Kukus pulut bersama santan, air dan garam sehingga masak selama 25 minit. Santan dan air mesti sama paras dengan pulut.
2. Setelah masak, tekan dan mampatkan pulut ke dalam loyang. Ketepikan.
Bahagian Atas (Kepala) :
1 cawan air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan isi durian
1 sudu besar tepung gandum
1/3 cawan tepung kastad
2 biji telur (me : gred A)
1 sudu kecil pewarna kuning
Cara-Cara :
1. Satukan semua bahan dan dikisar (dengan pengisar/blender).
2. Tapis adunan dan masak di atas api dapur sehingga naik wap (anggaran 3 minit). Adunan hendaklah sentiasa dikacau.
3. Tuang adunan perlahan-lahan ke atas pulut tadi. (Panaskan air kukusan terlebih dahulu).
4. Balut tudung periuk kukusan dengan kain untuk mengelakkan air wap menitik di atas permukaan kuih.
5. Kukus serimuka selama 40 minit. Buka tudung periuk dan kukus selama 5 minit lagi tanpa tudung untuk mengeringkan air pada permukaannya. Tutup api.
6. Tunggu sehingga betul-betul sejuk (anggaran masa 4 jam) barulah dipotong dengan pisau plastik.
No comments:
Post a Comment