KEK PISANG

Sunday, August 11, 2019

AYAM MASAK MERAH ...









AYAM MASAK MERAH
sumber :    Majalah RASA Julai 2018




Bahan-Bahan :

1  ekor  ayam  ~  dipotong beberapa bahagian, cuci bersih, gaul garam kunyit & digoreng setengah masak
2  sudu makan  tomato puri
2  sudu makan  sos tomato
2  biji  tomato  ~  belah empat
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


Bahan Dikisar :

10  tangkai  cili kering  ~  rebus sebentar baru kisar
5  biji  bawang besar
4  ulas  bawang putih
2.5  sm  halia


Cara Memasak :

1)  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan bahan-bahan dikisar.  Tumis hingga wangi dan pecah minyak.

2)  Kemudian masukkan tomato puri dan sos tomato, kacau sebati.

3)  Masukkan ayam yang telah  digoreng setengah masak tadi (yang telah digaul garam dan serbuk kunyit).

4)  Kecilkan api dan balik-balikkan dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa dan biarkan ayam masak.

5)  Akhir sekali masukkan tomato dan sedikit hirisan bawang besar.  Biarkan seketika hingga bawang sedikit layu.

6)  Lauk Ayam Masak Merah siap dihidangkan.

No comments:

Post a Comment