RESEPI KUIH DADAR INTI COKLAT
sumber : FB/resepibonda.my@Nor Izan Mustapha...
Bahan-Bahan :
1 cawan susu segar
1 cawan tepung gandum (125 gm)
1 biji telur ~ kacau sedikit (me : guna gred A)
1 sudu besar butter/marjerin/minyak
1/2 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu besar serbuk koko
Cara-Cara :
1. Cairkan butter/marjerin. Satukan bersama bahan-bahan lain kecuali serbok koko. Kacau sebati dan tapis. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
2. Ambil 1/3 cawan adunan dan campurkan serbuk koko, kacau sebati. Panaskan pan non-stick guna api kecil dan sapu sedikit minyak.
3. Tuangkan sedikit adunan plain dan paipkan adunan coklat atasnya (buat corak ikut kreativiti).
4. Biarkan masak dan angkat bila bahagian atas kering. Letakkan bahagian bercorak di bawah. Letakkan coklat spread dan gulung.
NOTA : Boleh letak filling/inti lain bersama coklat spread (cream cheese/parutan cheese cheddar/pisang dll).
Bahan Filling/Inti Coklat :
1 cawan susu segar
3/4 cawan serbuk malt coklat atau ganti dengan Milo (90 gm)
4 sudu besar serbuk koko
1/4 cawan tepung jagung (30 gm)
1 sudu besar gula pasir ~ boleh tambah jika suka manis
1 sudu besar butter
Cara-Cara :
1. Satukan semua bahan kecuali butter. Whisk sebati sehingga semua larut.
2. Masak atas api kecil dan sentiasa dikacau sehingga pekat. Tutup api, masukkan butter dan kacau sebati. Sejukkan.
NOTA :
i) Tahan sehingga 2 minggu jika simpan dalam peti ais.
ii) Guna sudu kering tiap kali nak ambil coklat.
iii) Untuk tekstur lebih halus, blend sekejap coklat, jika suka.
No comments:
Post a Comment