BEBOLA PISANG BERCOKLAT
sumber : Majalah RASA Julai 2019
Bahan-Bahan :
4 biji pisang (me : guna pisang berangan)
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan cip coklat
2 sudu makan gula perang
1/4 cawan air atau secukupnya
1/2 sudu teh garam
Cara-Cara :
1. Satukan pisang, gula dan garam. Lenyek hingga hancur.
2. Masukkan tepung naik sendiri dan air secukupnya. Gaul sebati.
3. Tambahkan cip coklat. Gaul lagi hingga rata.
4. Sudukan bancuhan ke dalam minyak panas dan goreng hingga keperangan.
5. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment