KEK PISANG

Thursday, August 29, 2019

TEMPE GORENG DAUN BAWANG ...









TEMPE GORENG DAUN BAWANG
sumber :    www.rasa.my




Bahan-Bahan :

1  keping  tempe  ~  potong dadu
1  keping  tauhu  ~  potong dadu
2  pokok  daun bawang  ~  potong 3 cm
1  biji  bawang besar  ~  hiris
1  sudu makan  udang kering  ~  rendam seketika & toskan
2  ulas  bawang putih  ~  titik
1  sudu makan  pes cili kering
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak  ~  untuk menggoreng & menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak, goreng tempe dan tauhu secara berasingan, angkat dan ketepikan.
2.  Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
3.  Tumiskan bawang besar, bawang putih dan udang kering sehingga wangi.
4.  Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
5.  Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
6.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7.  Kacau seketika dan tutup api.
8.  Siap untuk dihidangkan...

1 comment: