Wednesday, August 7, 2019
RENDANG DAGING VERSI LEBUR ...
RENDANG DAGING VERSI LEBUR
sumber : TeratakMutiaraKasih@linapg...
Bahan-Bahan :
1/2 kg daging pejal ~ dipotong kiub
1/2 kg santan pekat
4 labu bawang besar ~ kisar
6 ulas bawang putih ~ kisar
6 ulas bawang merah ~ kisar
2 inci halia ~ kisar
2 inci lengkuas ~ kisar
10 batang serai (4 batang dikisar, 6 batang diketuk)
20 tangkai cili kering ~ rebus/rendam hingga lembut & kisar
2 paket kerisik
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun kunyit ~ diracik halus
2 keping asam gelugor
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
Satukan semua bahan, renehkan sehingga pecah minyak.
Sesuaikan rasa.
ATAU :
Boleh juga tumis bahan kisar dengan sedikit minyak.
NOTA :
Saya gunakan api yang kecil dan kuali bertutup untuk masak rendang ini. Kacau sekali sekala. Asam gelugor dikeluarkan selepas 1 jam agar tidak mahu rasa masam over power rendang ini.
Saya suka rendang yang basah-basah. Kalau nak lebih kering, kacau lagi sehingga menepati citarasa masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment