KEK PISANG

Tuesday, August 20, 2019

PAJERI TERUNG ...










PAJERI TERUNG SEDAP WAN CHU
sumber :    Azie Kitchen ...




Bahan-Bahan :

4-5  biji  terung ungu  ~  belah dua tak putus
2  paket kecil  serbuk rempah kari daging Babas
1  paket kecil  kerisik
1  mangkuk kecil  santan  (1 plastik kecil)
2  sudu kecil  garam atau secukup rasa
3  sudu besar  gula atau secukup rasa
Serbuk perasa
Minyak masak


Bahan Kisar :

6  ulas  bawang merah
2  ulas  bawang putih
1  ibu jari  halia
Segenggam udang kering


Cara Memasak :

1.  Di dalam periuk/kuali, panaskan minyak masak secukupnya, tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan rempah kari kering (tidak dibancuh dengan air) dan kacau rata cepat-cepat.  Masukkan sedikit santan supaya tidak hangit dan kacau rata.  Kemudian masukkan baki santan, garam, gula, serbuk perasa serta kerisik supaya kesemua sekali masak mesra.

2.  Akhir sekali, masukkan terung dan dan sedikit air sehingga agak-agak terung tenggelam sahaja.

3.  Masak dengan api sederhana sehingga terung lembut dan kuah pecah minyak.  Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.  Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment