KEK PISANG

Tuesday, August 20, 2019

PUDING KARAMEL ...










PUDING KARAMEL
sumber :    ummiesya.blogspot.com




Bahan Gula Hangus :

3/4  cawan  gula pasir
1 1/4  cawan  air


Cara-Cara :

Goreng gula pasir sehingga perang.
Bila gula dah cair dan bertukar warna, baru masukkan air.
Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula.
Tutup api dan biarkan sejuk dan disimpan di dalam peti ais.  Ketepikan.
Keesokannya, air gula yang telah sejuk, masukkan ke dalam bekas-bekas kecil.


Bahan Puding :

1  cawan  susu cair
3/4  cawan  air
1/2  cawan  susu pekat manis
3  biji  telur  (me :  gred A)
1/2  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

Buangkan Lendir/pusat yang ada pada telur.
Pukul telur tetapi jangan sampai berbuih.
Masukkan semua bahan lain.  Kacau sehingga sebati.
Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus.
Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih.
Kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak dengan api sederhana.
Sentiasa di lap penutup kukus supaya permukaan karamel menjadi cantik.
Atau dibalut penutup pengukus dengan tuala.
Bila masak, buka tutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit tanpa penutup supaya air permukaan karamel sedikit kering.
Angkat dan sejukkan.  Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais.
Sedia untuk dinikmati. !!!


TIPS :

Buang Lendir yang terdapat pada telur supaya tidak hanyir.
Tapis telur yang telah dipukul ke dalam susu supaya tekstur puding lebih halus.
Kukus dengan api sederhana supaya cantik, smooth tekstur puding.
Gunakan susu pekat jangan gunakan gula supaya adunan puding lebih lemak dan halus tekstur.

No comments:

Post a Comment