RESIPI RISOLES
sumber : FB@Master Chef MY ...
Bahan Kulit Risoles :
250 gm tepung gandum (ayak)
630 ml air biasa
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
Cara-Cara :
Ayak tepung, masukkan garam dan gula. Kacau guna whisk. Kemudian masukkan air separuh dari 630 ml tadi. Kacau dan masukkan telur. Kacau lagi dan masukkan lebihan air tadi. Kacau sehingga adunan sebati dan masukkan minyak, kacau. Adunan tepung pastikan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Masak di dalam kuali non-stick lebih kurang saiz 28 cm. Tinggalkan sedikit bancuhan tepung untuk salutan.
(*** saya tidak membuat Kulit Risoles sebaliknya saya menggunakan kulit popia saja ).
Bahan Inti Risoles :
200 gm daging/ayam ~ dihiris ikut suka
1 biji kentang ~ didadu
1 batang lobak merah ~ didadu
Daun bawang + sup ~ dihiris
1 biji bawang besar ~ didadu
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
250 ml susu full cream (Dutch Lady)
50 gm Cheddar cheese ~ disagat
Sedikit garam & gula
Cara-Cara :
1. Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Kemudian masukkan daging/ayam. Masak hingga daging/ayam berubah warna. Kemudian masukkan kentang dan lobak merah. Kemudian masukkan susu full cream dan serbuk lada hitam. Setelah agak kering (pastikan kentang dan lobak merah dah lembut), masukkan cheddar cheese. Biarkan seketika. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
2. Cara Membalut : Ambil sehelai kulit risoles, letakkan 1 sudu besar inti risoles ke atas kulit. Balut macam buat popia. Kemudian salutkan keseluruhan risoles yang telah dibalut ke dalam lebihan bancuhan tepung dan salutkan dengan serbuk roti. Kemudian goreng sehingga keperangan.
Siap disajikan.
*** Simpanan untuk frozen bagi deep freezer boleh tahan 3 bulan. Nak goreng defrost sekejap.
No comments:
Post a Comment