KEK PISANG

Thursday, August 29, 2019

KARI AYAM BERSAMA KACANG BENDI ...









KARI AYAM BERSAMA KACANG BENDI
sumber :    ruzitakitchen ...




Bahan-Bahan :

5  batang  kacang bendi
500  gm  ayam  ~  potong kecil
2  biji  kentang  ~  kupas kulit & belah empat
1  biji  tomato  ~  belah 4  (me :  tambah)
3  sudu besar  serbuk rempah kari ayam/daging  ~  bancuh dengan sedikit air
2  tangkai  daun kari *
1  inci  halia  ~  hiris
3  ulas  bawang merah  ~  hiris
3  ulas  bawang putih  ~  hiris
1  batang  kulit kayu manis *
3  kuntum  bunga lawang *
2  biji  buah pelaga *
1  sudu kecil  halba *
1  sudu kecil  garam
1  sudu besar  gula
2  sudu besar  cili kisar
200  ml  santan pekat atau boleh juga guna santan kotak
700  ml  air
1  senduk  minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu.
2.  Masukkan bahan-bahan bertanda (*) dan tumis sehingga wangi.
3.  Masukkan rempah kari dan tumis sekejap.
4.  Masukkan ayam dan kentang, perlahankan api dan tutup periuk.
5.  Bila ayam empuk, masukkan air, garam, gula, cili kisar dan masak sehingga mendidih.
6.  Masukkan kacang bendi dan tomato (jika guna).
7.  Masukkan santan dan kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
8.  Sesuaikan rasa dan siap untuk dihidangkan...

1 comment: