RESEPI BLUEBERRY JAM MUFFIN
sumber : iResipi.com@Che'Nom
hasil : 15 pcs
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung (plain flour atau all-purpose flour)
3/4 cawan gula kastor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan susu segar full cream Dutch Lady
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur saiz besar
1/2 cawan minyak sayur
Jem blueberry secukupnya
Gula perang secukupnya (untuk ditabur atas muffin)
Cara-Cara :
1. Panaskan oven kepada 180'C.
2. Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
3. Dalam bekas berasingan, satukan susu segar, telur, gula, esen vanilla dan kemudian masukkan minyak sayur. Kacau sebati dan tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan kering di dalam mangkuk dan kacau sebati.
4. Menggunakan kaedah selang-seli, sudukan adunan ke dalam acuan muffin 1/2 penuh kemudian masukkan 1 sudu kecil jem blueberry di atas adunan dan tuangkan lagi adunan supaya menjadi 3/4 penuh. Hiaskan dengan taburan gula perang dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment