RESIPI KEK BUAH BAKAR
sumber : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
250 gm mentega berkualiti tinggi
150 gm gula kastor (cm guna 120 gm)
250 gm tepung gandum *
1 sudu teh baking powder * ( * disatukan & diayak )
4 biji telur gred A
50 ml susu segar@susu UHT ~ suhu ruang
300 gm dried mix fruits *
2 sudu besar tepung gandum * ( * disatukan & gaul rata )
1 sudu teh ovallate
1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 175'C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak dan lenser juga kertas tadi, ketepikan.
2. Putar mentega, ovallate dan gula kastor sehingga sebati dan pucat. Masukkan telur satu persatu dan terus memutar sehingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit berselang sekali dengan susu segar. Putar sehingga rata dan sebati.
3. Masukkan dried fruit dan gaul dengan spatula sehingga rata (dried mix fruits boleh tinggalkan sedikit untuk ditabur atas kek sebelum dibakar, jika suka). Tuangkan ke dalam tin yang telah disiapkan tadi. Taburkan baki dried mix fruits tadi di atasnya sebagai hiasan. Bakar selama 40-45 minit sehingga kek masak sepenuhnya.
4. Uji dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate bersih atau cake tester. Jika keluarnya bersih tanda kek dah masak. Keluarkan dari oven, biarkan sekejap dan keluarkan kek dari tin, sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Bungkus kek yang telah sejuk dengan plastik cling wrap, biarkan semalaman untuk mendapat kek yang lembap.
No comments:
Post a Comment