KEK PISANG

Tuesday, May 12, 2020

AKOK ROTI !








AKOR ROTI PANDAN
sumber :    cookpad.com@sarmila shariff




Bahan-Bahan :

4  biji  telur gred A   ~  buang tali pusatnya
100  ml  santan pekat
100  ml  air
90  gm  gula melaka
100  gm  roti   ~  ambil bahagian putih sahaja
1  helai  daun pandan   ~  disimpul
1/2  sudu kecil  esen vanilla   (me :  guna pandan emulco + sedikit pewarna hijau)
Secubit garam


Cara-Cara :

1.  Panaskan ketuhar@oven pada suhu 160'C.  Sapu sedikit minyak pada acuan muffin.

2.  Satukan air, gula melaka dan daun pandan di dalam periuk.  Masak sehingga gula melaka cair@larut.  Tapis dan ketepikan.

3.  Kisar roti yang telah dicarik-carik, air gula melaka dan santan sekadar roti hancur jer.

4.  Kemudian masukkan telur, esen vanilla/pandan emulco dan garam.  Kisar sebati tapi jangan sampai berkrim, sebab kalau adunan berbuih dan berkrim, akok kita tidak akan berkedut cantik.  Kalau adunan sedikit berbuih, buangkan sikit buih-buih tu.

5.  Tuangkan adunan separuh acuan muffin.

6.  Bakar selama 40 minit/hingga masak.  Ketika masa membakar, kuih akan menggelembung penuh dalam acaun tetapi selepas keluar dari ketuhar ia akan mengempis.

7.  Setelah masak, keluarkan dari acuan, terbalikkan kuih biar bahagian bawah di atas.
Sedia dihidangkan !





No comments:

Post a Comment