KEK PISANG

Friday, May 15, 2020

KUIH CARA BERLAUK !








KUIH CARA BERLAUK "Mariana Zainal"
(sangat sedap & lembut)




Bahan Inti Daging :

400  gm  daging kisar   ~  basuh & toskan
1  biji  bawang besar   ~  potong dadu
3  ulas  bawang putih   ~  potong dadu
1/2  inci  halia   ~  potong halus
30  gm  rempah kari daging
12  gm  gula
6  gm  garam
3  gm  bahan perasa
200  gm  air panas
100  gm  minyak masak


Bahan Kuih Cara :

250  gm  tepung gandum
400  gm  air
200  gm  santan
1  biji  telur gred A
Secubit garam
Pewarna kuning telur


Bahan Hiasan :

Hirisan cili merah
Hirisan daun sup


Cara-Cara :

1.  Untuk Inti :   Panaskan minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih, halia sehingga berbau wangi.  Masukkan serbuk kari (bancuh dulu dengan sedikit air), masak sehingga garing dan pecah minyak.  Masukkan gula, garam dan bahan perasa.  Masukkan daging kisar, tambah air panas.  Masak inti sampai betul-betul kering.  Minyak dicedok dan buang.  (saya tapis).

2.  Untuk Kulit :   Tepung + sedikit garam + air + santan + telur + pewarna kuning telur, kacau sebati menggunakan whisk.  (boleh diblend/kisar tapi selepas diblend/kisar buangkan buihnya).  Rehatkan adunan selama 20 minit.

3.  Panaskan acuan kuih cara, api perlahan.  Sapu sedikit minyak.  Tuangkan adunan bater sehingga penuh, letakkan inti + hiasan.  Masak sehingga masak.




No comments:

Post a Comment