Monday, May 4, 2020
SAMBAL TUMIS SARDIN !
RESIPI SAMBAL TUMIS SARDIN
sumber : resepichenom.com
Bahan-Bahan :
1 tin besar ikan sardin
3-4 sudu besar cili kisar
2 biji kentang ~ potong ikut suka
3 ulas bawang putih ~ hiris nipis
2 biji bawang merah ~ hiris nipis
2 hirisan nipis halia
1/2 mangkuk kecil air asam jawa atau boleh guna asam gelugor/keping
1 biji bawang besar ~ hiris nipis
Cili padi ~ jangan potong tapi masukkan sebiji-sebiji
Cara Memasak :
1. Asingkan isi ikan sardin dan kuahnya.
2. Panaskan minyak masak anggaran satu mangkuk kecil kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan pula cili kisar dan masak hingga cili menjadi sedikit garing diikuti pula dengan kentang. (masukkan kentang pada waktu ini supaya kentang mudah dan cepat empuk).
4. Setelah kentang empuk, masukkan isi ikan sardin dan kacau perlahan-lahan kerana takut isi ikan sardin mudah hancur.
5. Masukkan pula kuah ikan sardin, air asam jawa, cili padi dan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment