Thursday, May 28, 2020
KARI AYAM
RESEPI KARI AYAM
(Mariana Zainal)
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ basuh bersih & potong ikut suka
1 biji kelapa ~ kisar dengan 3 1/2 cawan air, perah, tapis, ambil santannya
5-6 biji kentang ~ potong ikut suka
3-4 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar ~ hiris
5 ulas bawang putih ~ hiris
Sedikit halia ~ hiris
3 senduk minyak masak untuk menumis
Bahan Pes :
4 sudu besar membukit serbuk kari ayam & daging *
1 peket kecil serbuk cili * ( * satukan sehingga pes menjadi sebati)
1 1/2 keping asam keping@asam gelugor
1 sudu teh gula
1 sudu besar membukit garam
3 tangkai daun kari
Sedikit bahan perasa
1 1/2 cawan air
Cara Memasak :
Panaskan minyak masak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bawang besar, bawang putih dan halia sampai naik bau.
Masukkan bahan pes kari & serbuk cili tadi, sentiasa dikacau jangan sampai hangit, rempah kena masak elok, bila dah naik minyak dan warna rempah dah berubah warna (macam nak garing) masukkan santan, guna api sederhana.
Apabila dah naik wap dan kuah mula mendidih, masukkan ayam dan kentang.
Sentiasa dikacau sehingga kuah mendidih. Bila dah mendidih ganas, ayam dan kentang pun dah lembut, sesuaikan rasanya. (Jika kuah agak pekat bolehlah ditambah 1/2 cawan air panas).
NOTA : Jika guna santan kotak kecil, guna 1 kotak dan masukkan sebelum masukkan ayam dan kentang, maksudnya bila bahan rempah dah garing baru masukkan santan, bagi naik minyak sekejap, baru masukkan ayam dan kentang, kacau sekejap dan masukkan 3 cawan air. Masak seperti biasa sehingga ayam dan kentang empuk/lembut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment