Tuesday, May 5, 2020
TERUNG GORENG BERLADO ...
TERUNG GORENG BERLADO
sumber : Azie Kitchen
Bahan-Bahan :
3-4 biji terung ungu
Garam
Gula
Minyak masak
Bahan Kisar :
4 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji buah tomato
Cara Memasak :
1. Terung yang telah dipotong direndam dengan sedikit air garam seketika. Toskan dan goreng seketika. Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga masak dan naik bau.
3. Masukkan garam dan gula secukupnya. Jika kurang masam, boleh ditambahkan asam keping.
4. Masukkan terung yang telah digoreng ke dalam kuali dan kacau sebati dengan sambal. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutupkan api. SIAP !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment