KEK PISANG

Wednesday, May 6, 2020

ONDE-ONDE BUNGA TELANG !










ONDE-ONDE BUNGA TELANG
sumber :    FB@My Resipi
kredit :    Lily Azhary




Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung pulut
1  cawan  air ekstrak bunga telang
2  ketul  gula melaka yang sudah dipotong dadu kecil
1/2  biji  kelapa parut muda   ~  diambil bahagian putih & garam secukup rasa


Cara-Cara :

1.  Rebus bunga telang dengan 2 cawan air jadikan 1 cawan.  Anggaran 50-70 kuntum bunga telang bergantung kepada kepekatan warna yang dikehendaki.  Kemudian sejukkan.

2.  Apabila sudah sejuk bolehlah mula membuat adunan dengan mencampurkan tepung pulut dan air bunga telang tadi.  Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.  Bentukkan bulat dan isi inti gula melaka.  Tutup adunan dan bentukkan bulat semula.  Ulang proses sehingga doh habis.

3.  Rebus dalam air mendidih sehingga bebola tadi timbul.  Angkat, toskan, golekkan di atas kelapa parut yang sudah digaul dengan garam.
SIAP !


TIPS RAHSIA :

Setelah doh diisi inti dan dibentuk sapukan bekas atau dulang untuk meletakkannya dengan sedikit minyak untuk mengelakkan doh melekat.  Kelapa parut jika mahu tahan lama, kukus sekejap kemudian gaul rata dengan garam.





No comments:

Post a Comment