RESEPI AYAM MASAK THAI
sumber : FB@Resepi Rozita Che Wan
Bahan-Bahan :
Ayam yang digoreng dengan serbuk kunyit secukupnya (me : guna 1/2 ekor dipotong kecil)
Bahan Tumbuk :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit kunyit hidup
Cili padi (ikut nak pedas mana)
Bahan Lain :
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 batang serai ~ diketuk
3 helai daun limau purut
1 biji bawang Holland ~ dihiris
Garam, gula
Minyak masak
Cara Memasak :
Tumiskan bahan tumbuk dengan serai sampai garing dan naik bau.
Masukkan sedikit air dan masukkan sos tiram, sos tomato dan daun limau purut.
Masak sampai bawang betul-betul masak dan pekat, tambah perasa dengan bawang Holland yang dipotong nipis.
SIAP !
No comments:
Post a Comment