TUNA ROLL RANGUP
sumber : tiffinbiru@CMG
Bahan-Bahan :
1 tin ikan tuna ~ toskan
1 biji bawang besar saiz sederhana ~ didadu kecil
2 pokok kucai atau 3 helai daun bawang ~ hiris halus
1 1/2 sudu besar mayonnaise
Serbuk lada sulah secukupnya
Sedikit jus lemon
Bahan-Bahan Lain :
2 biji telur ~ dipukul sedikit dengan 1 sudu besar susu cair dan secubit garam
7-8 keping roti sandwich Gardenia
Serbuk roti@breadcrumbs warna oren/putih secukupnya
Sos cili + mayonnaise ~ kacau rata
Cara-Cara :
1. Untuk Inti : Satukan semua bahan-bahan untuk inti, kecuali jus lemon, gaul rata dan perahkan sedikit jus lemon dan kacau rata, sesuaikan rasa dan ketepikan.
2. Untuk Tuna Roll Rangup : Canai/gelek sedikit roti sandwich tadi hingga leper. Ambil 1 sudu besar penuh inti dan ratakan pada 2/3 bahagian roti, sapu telur pada bahagian depan/atasnya.
3. Gulung kemas dan ketepikan. (Telur tu umpama gam dia). Buat kaedah sama pada baki bahan-bahan hingga siap. Kemudian celup dalam telur tadi dan golekkan atas serbuk roti hingga semua bahagian bersalut rata. Ketepikan dan buat hingga siap.
4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, tos dan letak atas beberapa kepingan paper towel. Kemudian kerat dua dan hidangkan ikut gaya masing-masing bersama sos cili + mayonnaise.
SIAP !
No comments:
Post a Comment