KEK PISANG

Wednesday, May 6, 2020

NASI AYAM !








RESEPI NASI AYAM
sumber :    resepichenom.com
(sangat sedap ~ a keeper)




Bahan untuk ayam (direbus) :

1  ekor  ayam   ~  dipotong 8
2  ulas  bawang putih   ~  ditumbuk halus
2  cm  halia   ~  ditumbuk halus
1  kiub  pati ayam


Bahan untuk ayam (diperap) :

1  sudu besar  kicap pekat
1  sudu besar  sos tiram
1  cm  halia   ~  ditumbuk halus
2  ulas  bawang putih   ~  ditumbuk halus
1  sudu besar  kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan/glis


Bahan untuk nasi :

3  cawan beras
4  cawan  air rebusan ayam
2  sudu besar  butter
1  cm  halia   ~  ditumbuk halus
3  ulas  bawang putih   ~  ditumbuk halus
Sedikit garam
2  kuntum  bunga lawang *
4  biji  buah pelaga *
1  batang  kulit kayu manis *
1  batang  serai   ~  diketuk
2  helai  daun pandan   ~  disimpul
Sedikit serbuk kunyit   ~  untuk warna & aroma


Bahan untuk sos :

5  biji  cili merah
3  ulas  bawang putih
2  cm  halia
1  sudu besar  cuka makan
1  sudu teh  garam
1  sudu teh  gula
1/2  cawan  air rebusan ayam


Bahan untuk sup :

Air rebusan ayam secukupnya
1  biji  bawang besar   ~  dikisar
1  paket  rempah sup bunjut Adabi
Garam
Daun sup   ~  dihiris halus
Bawang goreng


Bahan untuk kuah kicap :

Kuah kicap baki perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang   (anggaran)
Sedikit garam
Air rebusan ayam   (anggaran)


Cara Penyediaan :

Cara Untuk Ayam :

1.  Bersihkan ayam, toskan airnya dan lumurkan dengan 2 ulas bawang putih dan halia yang ditumbuk halus.

2.  Rebus ayam bersama 1 kiub pati ayam sehingga empuk.

3.  Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam).

4.  Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.


Cara Untuk Memasak Nasi :

1.  Basuh beras dan toskan airnya.

2.  Panaskan butter hingga cair lalu  tumiskan rempah tumis (*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih sehingga garing.  Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.  Masukkan air rebusan ayam, garam dan serbuk kunyit secukupnya.  Masak nasi seperti biasa.  (Saya tumis semuanya di dalam periuk elektrik kemudian alihkan ke rice cooker 'ON kan' suis dan masak seperti biasa).


Cara untuk memasak sup :

1.  Rebus air rebusan ayam secukupnya bersama rempah sup bunjut, bawang besar dan masukkan garam secukup rasa.  Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.


Cara untuk memasak sos :

1.  Kisarkan semua bahan untuk sos sehingga sebati.
2.  Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.


Cara untuk memasak kuah kicap :

1.  Campurkan semua bahan untuk kicap (sukatan anggaran jer) dan masak seketika.  Sejukkan sebelum dihidang.


TIPS :    Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila direbus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.
SIAP !  







No comments:

Post a Comment