Wednesday, May 13, 2020
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI !
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
sumber : buatoranglapo.com
Bahan-Bahan :
5-6 ketul ayam
1 biji bawang besar merah *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
10-15 tangkai cili padi * ( * ditumbuk halus/dikisar )
1-2 biji kentang saiz sederhana ~ dipotong baji
2 batang serai ~ dititik
2 cawan air
3/4 cawan santan
Garam
Air limau kasturi atau asam keping
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Tumiskan semua bahan yang telah ditumbuk/kisar sehingga naik bau bersama serai.
2. Masukkan ayam. Kacau rata dan biarkan sebentar.
3. Masukkan air. Biarkan sehingga ayam separuh masak.
4. Masukkan santan. Kacau dan masukkan pula kentang.
5. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit air limau kasturi
6. Masa sehingga kentang lembut. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment