Saturday, May 23, 2020
IKAN MASAK 3 RASA !
IKAN MASAK TIGA RASA
sumber : hanieliza
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan bawal ataupun siakap
1 sudu besar tepung jagung (bagi menyalut ikan)
3 ulas bawang merah ~ hiris
1 labu bawang besar ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
3 cm halia ~ dihiris
Minyak masak untuk menggoreng ikan
Bahan Untuk Sos :
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air
1 sudu kecil gula pasir
Bahan Sebagai Hiasan :
1 pokok daun bawang ~ hiris
2 biji cili merah ~ hiris
2 biji cili hijau ~ hiris
2 biji buah tomato ~ dipotong 4
Cara Memasak :
1. Sapukan tepung jagung di sekeliling ikan.
2. Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak hingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan dua sudu besar minyak bagi menumis bahan yang dihiris hingga wangi.
4. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
6. Curahkan kuah sos di atas ikan. Hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment