RESEPI SUP AYAM SIMPLE
sumber : cookpad.com@Nurul Razali
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil, cuci & tos
1 biji bawang besar ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ hiris
1 cm halia ~ hiris
1 bunjut rempah sup
4 biji kentang ~ potong ikut citarasa
1 biji lobak merah saiz sederhana ~ potong baji
1 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil garam@secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam
Daun sup & daun bawang ~ hiris (untuk hiasan)
Cara Memasak :
1. Sediakan bahan-bahan. Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar, halia dan bawang putih sampai naik bau.
2. Masukkan lobak merah dan kentang. Masukkan sedikit air dan biarkan masak sehingga empuk. Setelah empuk, masukkan ayam, sup bunjut dan tambahkan air sehingga menutupi ayam.
3. Letakkan serbuk lada hitam dan kacau. Biarkan mendidih sehingga ayam masak. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang ketika dihidang.
SIAP !
No comments:
Post a Comment